Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Power of 2

8 types of income:
1)      SPONSORING BONUS
2)      PASS-UP BONUS

3)      GROUP PAIRING BONUS




Mungkin ramai yang sudah mengenali apakah itu Network Marketing. Walaupun sedemikian, masih ingin saya berkongsi kepada pembaca 5 kelebihan Network Marketing yang asas yang perlu pembaca tahu.

1. Modal Kecil

Kebanyakan syarikat Network Marketing menawarkan modal yang cukup rendah untuk menjadi pengedarnya yang sah. Namun ia mampu memberi pulangan yang cukup besar. Ini kerana ia berkonsepkan perniagaan pelbagai peringkat. Perniagaan anda berjalan melalui ‘downline’ yang anda taja. Andai kata anda sakit dan terpaksa berehat, perniagaan anda tetap berjalan.

Memulakan perniagaan sendiri memerlukan modal yang cukup besar. Sebagai contoh, perniagaan berasaskan burger memerlukan modal sekurang-kurangnya RM 2000. Itu termasuk modal untuk pembelian stok (daging, roti dan sebagainya), tempat perniagaan, dan sebarang peralatan yang diperlukan untuk memasak. Perniagaan konvensional sebegini memerlukan tenaga yang cukup tinggi. Mungkin anda perlu bekerja keras 12 jam sehari bagi memastikan modal kembali dan juga sedikit keuntungan.





 

2. Network Marketing  Tidak Memerlukan Tempat Khas

Pasti ramai yang sedia maklum, perniagaan Network Marketing  tidak memerlukan pengedarnya mempunyai bangunan khas untuk pengedarnya melakukan perniagaan. Ini bermaksud, pengedarnya bebas melakukan perniagaan di mana sahaja, tidak terikat pada satu tempat sahaja.

Malah, seiring dengan perkembangan teknologi terkini, pengedar Network Marketing  juga boleh melakukan pemasaran melalui internet, mungkin dengan penggunaan blog, laman web dan juga jaringan social seperti Facebook, Twitter dan banyak lagi.

Maka, tiada kos yang tinggi diperlukan untuk menyewa atau membeli bangunan khas untuk tujuan pemasaran, sekaligus dapat mengurangkan modal. Anda juga boleh melakukan pemasaran ke seluruh negara dan juga di luar negara tanpa memerlukan tapak khas. Bukankah ini hebat?

3. Network Marketing Tidak Memerlukan Kelulusan dan Kemahiran Yang Tinggi.

Melibatkan diri dalam perniagaan Network Marketing tidak memerlukan pengedarnya memiliki kelulusan diploma mahupun ijazah. Memadai sekiranya anda pandai membaca, menulis dan mengira. Dan yang paling penting, keinginan untuk berjaya haruslah tinggi dan sanggup menghadapi rintangan yang bakal mendatang.

Dunia telah menyaksikan ramai yang telah berjaya dalam perniagaan Network Marketing tanpa mempunyai sjil diploma ataupun kelulusan ijazah dalam bidang perniagaan. Ini menjadikan golongan pelajar yang masih belajar di universiti mahupun di kolej juga boleh melakukan perniagaan Network Marketing. Apa yang perlu dilakukan hanyalah sekadar mendapat bimbingan daripada ‘upline’ anda dan seterusnya melakukan pemasaran.

4. Risiko Rendah

Network Marketing merupakan perniagaan yang bergerak secara jemaah melalui penajaan. Dengan konsep ini, ia menjadikan NetworkMarketing perniagaan yang berisiko rendah. Sebab itulah, ada saatnya ketika anda berehat, anda masih melakukan pemasaran kerana ‘downline’ anda melakukan pemasaran dengan aktifnya.

5.  Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri

Ramai yang merungut kerana keletihan selepas seharian bekerja di pejabat. Malah, jika kerja yang dilakukan tidak memuaskan hati pihak atasan, terpaksalah melakukan kerja yang lebih kurang sama sekali lagi. Lebih memeritkan apabila gaji yang diperolehi tidak selari dengan tenaga yang dialirkan.

Dengan Network Marketing, anda adalah bos kepada anda sendiri. Anda tidak terikat dengan sesiapa untuk bekerja. Anda bebas menentukan waktu kerja anda, sama ada pagi, tengah hari, petang mahupun malam. Anda juga bebas bergerak ke mana sahaja, tidak terperuk 12 jam di tempat yang sama.

Ciri-ciri inilah yang menjadikan perniagaan Network Marketing sesuai dijadikan sumber pendapatan utama mahupun sampingan. Mungkin ada yang memandang rendah dan memandang serong pada perniagaan Network Marketing, namun janganlah sehingga kerana ada yang mencalit debu, terus anda menutup mata.

Mudah-mudahan nota ini dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Kepada mereka yang sudah melibatkan diri dalam perniagaan Network Marketing, Selamat Maju Jaya saya ucapkan. Semoga ‘networking’ anda terus berkembang dengan hebatnya!

Sindrom Metabolik: Ape Bendanya Tu?

Picture
AsSalam,

Sebelum ni asyik duduk bercerita pasal produk, promosi dan juga khasiat Double Stemcell sahaja. So kali ni jom kita refresh sikit isu yang lebih menarik tentangSindrom Metabolik ataupun Metabolic Syndrome (MetS) dikalangan masyarakat dunia terutama Malaysia khasnya.

Tahuke...pernah dengar...dah lupa?

Apakah Sebenarnya Sindrom Metabolik Ni...?

Bunyinya macam biasa sahaja kalau nak dibandingkan dengan wabak-wabak penyakit seperti demam denggi, malaria dan ada beberapa lagi yang amat popular kat TV dan Suratkhabar.

Tetapi Tahukah Anda Bahawa:
  • Ia boleh dikatakan sebagai antara pembunuh No.1 masyarakat moden dan serba canggih sekarang ini.
  • Kalau dulu melanda mereka yang berusia lewat 40an, tapi kini sudah menyerang golongan yang berusia awal 30an.
  • Terdapat kajian yang mengatakan wanita adalah lebih terdedah kepada risikonya terutama bagi mereka yang tinggal di luar bandar.

Bukan untuk menakutkan, cuma sekadar ingat-mengingati kerana amalan pemakanan dan penjagaan kesihatan kita masih belum menjadi keutamaan. Bila dah kena baru nak cari ubat!
Picture

Sindrom yang boleh dianggap akibat gangguan metabolisma berpunca daripada diet atau pemakanan yang tidak seimbang, amalan dan gaya hidup yang tidak sihat (tahukan???), stress dan juga liat nak beli supplement...hehe!

Metabolik sindrom ini adalah risiko berganda berpunca daripada 'insulin resistant' dan kegagalan tisu adipose berfungsi yang akan mengakibatkan penyakit kardiovaskular (jantung, stroke & buah pinggang) dan diabetes mellitus.  

Berikut antara tanda-tanda awal Sindrom metabolik:
  1. Intoleransi glukosa - kadar Fasting glucose  ≥ 110-126 mg/dL
  2. Obesiti abdomen - gemuk dengan perut buncit dan Indeks Massa Tubuh (BMI) di atas 23 (kg/m2) dan ukur lilit perut di atas 80 cm bagi wanita atau 90 cm lelaki.
  3. Kadar trigliserid di sekitar atau di atas 175 mg/dL.
  4. Kadar kolesterol jahat, HDL-C di sekitar atau di atas 150 mg/dL5. 
  5. Tekanan darah  di sekitar atau ≥ 140/90 mm HG

Maklumat dan rujukan bagi yang berminat sahaja,
1. WIKI
2. PENERANGAN
3. Metabolik Sindrom Dan Kaitan Dengan Sakit Jantung

Gambar-gambar Menarik Untuk Rujukan

So Apa Nak Buat Ni...

Memang susah nak mengelakkan Sindrom Metabolik ni kecuali kita bersedia untuk mengutamakan kesihatan melebihi segalanya. Utamakan diet dan aktiviti sihat serta makanan bernutrisi tinggi. Bagi yang mampu, berbelanjalah untuk vitamin dan supplemen tambahan.

Bagi yang kurang mampu, bolehlah mulakan dengan Double Stemcell. Permulaan sahaja nampak mahal tetapi sebenarnya anda boleh mendapatkannya dengan cara dan harga yang lebih murah  serta 'percuma' setiap bulan!
CUMA APA YANG UNIKNYA RAMAI WANITA NAK MAKAN UNTUK CANTIK TETAPI AKHIRNYA KESIHATAN BERTAMBAH BAIK - KESAN BERGANDA!