PhytoCell (Science) Double Stemcell Review

Cepatnya masa berlalu, esok genap setahun kami memasarkan produk Double Stemcell ni. Begitu juga dengan usia Syarikat Phyto Science. Harap-harap banyak lagi promosi daripada Syarikat untuk menghargai pengguna setia dan pengedar. So, harini nak kasi sedikit review tentang double stemcell yang sedang hot dan meletop-letop sekarang ini terutama dikalangan kaum wanita. Kenapa ya?

Khasiat Double Stemcell

Memang tidak dapat dinafikan lagi, produk Double Stemcell Phytoscience terbukti mempunyai khasiat serta keunikan yang tersendiri. Syukur, sepanjang setahun penggunaannya tahap kesihatan keluarga bertambah baik. Menariknya anak-anak yang biasanya selalu demam-demam (boleh dikatakan hampir setiap bulan pasti ada yang demam), semenjak last 6 month rasanya belum ada lagi. Kecuali demam malas pergi sekolahje...:).

Paling best, guna 1 sachet setiap pagi menjadikan tubuh bertenaga sepanjang hari. Kurang rasa penat, letih dan sebagainya. Cuma yang was-wasnye, bila ada yang tegur 'nampak lebih muda', hehe!

Keberkesanan Produk

Picture
Walaupun terbukti banyak testimoni pengguna, namun berdasarkan pemerhatian saya serta respon pengguna,  keberkesanan Double Stemcell bergantung kepada faktor umur dan tahap kesihatan. Bagi mereka lebih muda (35 kebawah) dan tiada masalah kesihatan, biasanya dalam 1 -2 minggu sudah nampak perubahan terutama kulit wajah. Nampak lebih cerah, segar serta masalah kulit dan jerawat yang semakin berkurangan.

Cuma tak syoknya masih ramai yang kurang sabar, baru habis sekotak (14 sachet) sudah mahu cantik macam artis dan sihat macam atlet. Perlu diingat, Double Stemcell Adalah Makanan Tambahan Bukan Ubat. Nasihat kami, gunakanlah 1sachet pagi dan 1sachet malam secara berterusan selama 3 bulan untuk hasil yang lebih memuaskan.

Kurus Badan

Inilah soalan paling banyak dan sukar dijawab. Bolehkah Makan Double Stemcell Turun Berat Atau Kuruskan Badan? Terdapat juga testimoni pengguna yang mengatakan berlaku penurunan kadar berat badan serta 'visceral fat' selepas menggunakan makanan kesihatan Double Stemcell. Tidak dinafikan ramuan Acai Berry mungkin membantu kerana banyak terdapat produk kuruskan badan yang beasaskan buah acaiberry dijual dipasaran sekarang.

Secara jujurnya kami rasakan tidak kerana produk double stemcell bukan dikhususkan untuk kuruskan badan. Ianya mungkin dapat  membantu anda yang mengamalkan diet seimbang untuk kurus dengan cepat. Untuk turunkan berat badan, kami sendiri menggunakan  produk dan makanan diet tambahan yang kaya protein dan serat untuk membantu membakar lemak serta membina otot badan. Jangan terkeliru dengan testimoni isteri yang baru bersalin. Kebiasaannya 'diet / pantang-larang' ketika tempoh berpantang sebenarnya yang banyak membantu mengembalikan berat badan seperti sebelum mengandung. 

Harga

Lumrah kehidupan kini, biasanya kena bayar harga yang tinggi untuk 'barang baik'. Setuju...kalau tidak masakan pusat rawatan dan kecantikan tumbuh macam cendawan.  Walaupun mahal pelanggan tetap tidak putus. Kaum wanita sekarang terbukti mementingkan penjagaan kesihatan dan kecantikan. Tahniah! Apa yang nyata, 95% pelanggan kami adalah wanita. Biasalah lelaki lebih suka produk yang hujungnya ada bunyi 'kuat' sedikit. TETAPI RAMAI SUAMI YANG TIDAK TAHU, RAHSIA INGIN MENDAPATKAN SEMULA "TENAGA KELAKIAN YANG TELAH HILANG" JANGKA PANJANG ADA DISINI!

Boleh dikatakan harga PhytoCell Double Stemcell ini agak 'lumayan'. Tetapi kalau dibandingkan dengan produk berasaskan teknologi Swiss stemcell serta produk kesihatan yang berada dipasaran, terbukti PhytoCell lebih murah serta mudah digunakan. Tidak perlu bancuh, tutup hidung dulu baru minum serta pembaziran. 
Picture

Cara Penjimatan

Jika anda hendak makan 2 sachet setiap hari (4 kotak sebulan) untuk hasil yang lebih optimum, kosnya memang agak membebankan. Berikut adalah kaeah-kaedah penjimatan yang mampu kami sarankan. Antaranya:
  • Makan 2 sachet sehari 14 hari pertama dan 1 sachet sehari untuk 14 hari berikutnya. Jumlah 3 kotak. Sekarang ada promosi 3 Kotak (RM320). Bulan berikutnya cukup sekadar 1 sachet sehari (2 kotak sebulan) 
  • Jika ada budget lebih, bulan ini adalah masa yang sesuai untuk pakej penjimatan. 17 Kotak RM1750. Boleh guna sehingga 6-8 bulan.
  • Daftar sebagai ahli Double Stemcell sekali seumur hidup ketika beli produk (tiada yuran tambahan dikenakan). Kemudian anda boleh buat pembelian semula RM190 (2 kotak) setiap bulan. Jimat banyakkan dan memang berbaloi untuk Sihat, Cantik dan Awet Muda.

Nak lebih jimat dan percuma setiap bulan? Hubungi kami untuk maklumat lanjut. Untuk anda yang ingin berkongsi testimoni dan review produk Phytoscience Double Stemcell nih, sudikanlah sharing-sharing kat form dibawah. Ada hadiah istimewa dari kami (1 Kotak DS & 1 Kotak TS) untuk anda yang bertuah.
  Comments
norridah amin
20/09/2013 2:05pm
adakah produk ini sesuai untuk wanita yang masih dalam tempoh menyusukan bayi?
Reply
20/09/2013 5:57pm
Produk double stemcell ni berasaskan buah-buahan. So takde halangan untuk gunakannya. Cuma memadai 1sachet sehari sebab boleh bantu pulih dan tingkatkan tenaga.
Reply
wawa
21/09/2013 11:10pm
adakah produk ni sesuai untuk masalah kulit?alahan dan kulit gatal2 hingga luka
Reply
kakyang
22/09/2013 1:20am
"Double Stem Cell adalah hasil teknologi PhytoCellTec Malus Domestica, iaitu berasaskan sel stem tumbuhan untuk perlindungan dan pembaharuan sel stem manusia. Tujuan utama adalah untuk membantu sistem sel tubuh agar berupaya meningkatkan aktiviti pembaharuan atau penghasilan semula menggantikan sel tubuh yang telah rosak akibat kecederaan dan faktor usia."
Banyak terdapat testimoni pengguna berkenaan masalah kulit cuma jika masalah alahan yg teruk lebih elok dapatkan nasihat doktor dahulu.
Reply
Hanili
22/09/2013 9:14am
Offer utk 3 kotak RM320 bagi masih ada lg tak?Berapa harga untuk 1 botol Triple Stemcell?
Reply
kakyang
22/09/2013 8:05pm
harga promosi masih ada sampi hujung bulan September. Kalau nak sekali TRIPLE STEMCELL, ambil pakej RM350 (2DS + 1TS).
Reply
Shuhada
26/09/2013 3:31pm
boleh ke double stem cell dimakan ketika dalam pantang. terima kasih
Reply
kakyang
27/09/2013 2:27am
boleh...dan sangat membantu utk memulih serta meningkatkan tenaga
Reply
NAD SKINCARE
30/09/2013 2:07am
PREGGY MOM BLH AMBIL X?
Reply
kakyang
30/09/2013 3:03am
Boleh sebab ramuannya adalah daripada buah-buahan.
Reply
HASLINA BTE LAJIM
17/10/2013 9:52am
Klu utk Sabah yg pakej ada TRIPLE STEMCELL & DOUBLE STEMCELL tu berapa harganya..RM350 jugak?
Reply
kakyang
17/10/2013 12:53pm
rm370 termasuk kos penghantaran
Reply
ct
17/10/2013 5:32pm
kak yang...mcm mner nak tgk kita nyer sale produk tu,...
Reply
kakyang
17/10/2013 5:59pm
login kat member backoffice...ada recordnyer.
Reply
salam..akak sy nk tnye utk org yg ade masalah resdung bleh sembuh x kalo nk ambik double stemcell nie
24/10/2013 9:39pm
Reply
kakyang
25/10/2013 12:50am
Nak kata sembuhtu, susah sikit tetapi setakatni banyak membantule. Cuma peringkat awal tetap kena jaga pemakanan, almaklumlah resdungni banyak alahannya.
Reply
rahmatbatawari
10/11/2013 9:19pm
saya mahu jadi pengedar di tawau sabah.macam mana ye..sudah ke ada pengedar
Reply
kakyang
11/11/2013 1:24am
Boleh hubungi no yg tertera:)
Reply
liza
14/11/2013 11:41am
boleh ka psakit buasir mengmbil DS dan apa tindakbalasnya..
Reply
kakyang
14/11/2013 5:57pm
Nak ambil boleh kerana so far ada banyak testimoni pengguna berkaitan masalah buasir dan sembelit termasuk ibu kepada duta produk DS sendiri. Cuma kami tak pasti apa yang dimaksudkan dengan tindakbalastu...

Cuma untuk lebih membantu keberkesanan produk, mengurangkan masalah, amalkanlah petua yang selalu disarankan ini, antaranya:
1.Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari

2.Makan makanan seimbang, banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

3.Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

Jika terdapat gejala-gejala tertentu seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur, lebih baik jumpalah doktor.

No comments:

Post a Comment